Thursday, August 5, 2010

apa lagi yang aku mahu?


Aku amat bersyukur dengan kehidupan aku hari ni, hidupan aku semakin baik dari hari2 y ang  telah berlalu. Kekadang aku menangis kesyukuran dengan apa yang aku miliki sekarang. Sebuah keluarga yang sempurna, cukup kasih sayang, kesihatan yang baik, ada sahabat handai yang sentiasa menemaniku dikala aku kesepian, rumah yang cantik, kerja yang baik, rakan2 sekeliling yang prihatin, kenderaan yang besar2, rezeki mencurah2, dan segala yang baik datang dari kurniaNYA. Semua itu cukup untuk aku meneruskan sisa2 hidupku di bumiMu ini.apa lagi yang aku mahu??? semuanya sudah tersedia.......aku tidak mahu menjadi seorang manusia yang tamak dan taksub. cukuplah dengan apa yang aku ada sekarang...

Aku tidak perlu cemburu dan mempunyai hasad dengki terhadap orng lain, kerna mereka juga seperti aku. Senang seperti aku, susahpun seperti aku. Kekadang apa yang diaorng dapat lebih dari aku, itu adalah rezeki mereka, rezeki yang dikurniakan olehMU.

Langit tidak selalu cerah, ada masa mendung, lalu hujan pun turun membasahi muka bumi ni. Kehidupan manusia pun mempunyai pasang surut didalam kehidupan masing.

Peluh  menitik2 mencurah perlahan2 tenaga mula menjana kuasanya untuk meneruskan langkah  dan menuju ke tempat yang dituju agar tiba dengan selamatnya. Mula mengatur langkah dengan berhati2 agar tidak jatuh tersungkur mencium bumiMU..

No comments: