Thursday, February 2, 2012

bye2

harini adalah hr terakhir malasbetul.blogspot.com beroperasi..................... bye your all........

*****jumpa lg di blog baru*****


mUaahhHHH *** ***
* * *
* *
* *
* *
* *

Sunday, August 7, 2011

hongdae

suatu hari tu, kawan2 aku ada ajak aku jalan2 tengok bola......waaa memang best laa......aku pun xberapa ingat kawan2 aku yang mana satu ajak aku tengok bola hari tu, xsure la adakah jelita, cantik, hodoh, tembam yang ajak............memang aku xingat lah..........nak pendek kan cerita la........

aku berkenalan la dengan seorang jejaka seperti nama diatas tu aahh......memang hensem orang, mantap bodynya.....klu korang tengok memang meleleh air liur jugak lah.......aku time tu pun fuhhh penuh semangkuk air liur mencurah2 hehehe sampai kawan2 aku pun ade termuntah hijau tengok muka seperti diatas tu memang hensem waaaaa.........klu dapat peluk gerenti xmau lepas punya...xkeje seminggu pun xpe heheh.......

xsangka kan ade gak orng minat kat aku ni, dah la xberapa nak cantik, tinggi pun hurmmm xda lah nak kata tinggi sangat, pendek pun xjugak bab kata orang aku ni sedap lah mata memandang.........sekali pandang mesti cantik...dua kali pandang xtahu nak cakap apa......

sempat gak time tu aku borak sembang2....sembang2 + borak2, bukan perkara yang sama???hentam je la.... bab kata orang kenal hati, jantung paru2,otak limpa dan budi masing2 kan........so dah kenal lah luar dan dalam..........aku lupa plak nak tanya dia pakai seluar dalam jenama pe? lol....

kawan2 aku duk tangkap cemburu dengan aku.................ha'ah biar je diaorang...memang aku nak kasi diaorang cemburu pun.......jahatnya..........

sejak hari tu memang aku xboleh nak lupa hongdae la.............dia pun dah tangkap cintan cintun ngan aku...........tapi sayangnyer dia xsempat ajak aku kawin....rugi2.......

aku kerling jam pada handfone, alamak dh jam1230 .......mak aaiii...........aku cepat2 terjun dari katil capai towel terus mandi sambil tersengih2 cam orng gila..................



Wednesday, June 1, 2011

aku penat lah !

ke kiri, ke kanan, ditolak di tarik.....aku ikut jer.......macam barang mainan dan seperti badut yang sedang membuat persembahan...........ramai para hadirin bertepuk tangan dan bersorak tanda gembira dengan persembahan aku sebentar tadi............aku seperti dihina........cis!

Ini kah lumrah alam duniawi?

tiada seorang pun yang sudi menghulurkan tangan memberi bantuan......tapi untuk apa mereka menghulurkan bantuan jika sekadar ingin mengejek? aku tidak perlukan semua itu, simpanlah tanganmu untuk tujuan amalan yang lain......

aku sudah penat.......!aku perlu bangkit tanpa pedulikan sekelilingku...bangkit dan teruskan impian yang sudah sekian lama tertanam di hatiku......aku perlu teruskan.......ini adalah dugaan kepadaku, dugaan yang mampu aku hadapi........

terima kasih........aku akan bangkit dan bertambah kuat selepas ini..................


wakakaka kah kah........

ayam...berkaki ayam....hahaha hahaa wakkakaakhhh..........ayam berkaki ayam........

merah padam muka ku menahan malu gara2 berkaki ayam.......................hahaha sambil tekup muka......

meh aku cite al kisahnyer............

pagi2 lagi aku turun dari umah tuk mencari sesuap nasik..........pergi kerja dengan erti kata lain..... dalam 15 minit gak kau terpacak tunggu pemandu aku......lambat sangat hari ni........

selepas 15 minit kelibat bayang2 yang ku tunggu tibalah..........so apa lagi aku pun duduk lah sambil kusyuk mengira waktu untuk sampai ke destinasi aku...........semakin lama semakin dekat.........akhirnya dh semakin hampir........

alhamdulillah, sebelum sempat aku tekan loceng, dah ada orang lain tekan....fuhh selamat la aku pikir......

sekali aku nak bangun, kasut lak tercabut sebelah......nak cepat aku capai je lah kasut tu....tak sempat nak aku sarungkan semula kasut tu ke kaki ku.........so aku turun jer lah bas tu berkaki ayam...........mak aii malunya aku masa tu.............terasa malu nak hadapi hari esokkkkkkkk

hurmmmmmmm...............


Sunday, May 29, 2011

salahkah aku?...

salahkah aku jika aku mengatakan sesuatu fakta bukannya auta semata2? dan salahkah aku jika mengatakannya jika aku tidak tahu hakikat dan perkara yang sebenar tanpa kebenaran? memang salahkan?.......

aku peningggg............aku tidak pasti adakah kejujuran dianggap salah dan dianggap satu kenyataan yang bodoh semata2..................

Tuesday, April 19, 2011

blackberry murah


Harga PROMOSI RM 750




menjual telefon blackberry ORI punya BUKAN keluaran negara CHINA....jaminan waranti 2 tahun....

jika berminat boleh email saya di HONEYSA85@GMAIL.COM /ANESSA_IKIM85@YAHOO.COM

sebarang pertanyaan boleh terus email kepada saya.

penghantaran melalui pos laju....dijamin selamat

promosi kos penghantaran 21/4/2011 - 27/4/2011

harga semenanjung : RM 6

sabah & sarawak : RM 9

terima kasih....

princess

Malam yang kedinginan kedengaran suara riuh rendah dan kelihatan beberapa topeng riak wajah yang sangat cemas dan kerisauan. 10 minit mula berlalu, kedengaran sayup-sayup tangisan bayi yang baru dilahirkan.......suasana yang cemas mula bertukar riang dan juga diselitkan dengan hilaian tawa yang gemersik sekali.

Kehadiran seorang Puteri membawa sejuta erti kepada pasangan diraja ini, keceriaan mula terpamer pada wajah maharaja dan juga maharani didalam istana yang gah itu. Mereka lupa segala-galanya. Kehadiran puteri itu, memberi kesejahteraan kepada rakyat jelatanya, mereka sungguh bertuah mempunyai raja yang begitu bermurah hati sekali.

Puteri Yunes zha ditatang ibarat minyak yang penuh, tidak setitik pun tumpah menyentuh bumi. Dipeluk dicium berkali-kali tanpa rasa jemu dan puas. Puteri Yunes zha mempunyai seraut wajah yang yang comel dan mempunyai tanda lahir berbentuk bunga plum berwarna merah didada kirinya. Mempunyai senyuman yang nakal ala-ala menggoda dan memikat sesiapa sahaja yang menatap wajahnya. Mereka mula berbisik sesama sendiri bila melihat Puteri Yunes zha. Maharani Ni Qui dan Maharaja Meng jiang merasa puas.

Kedinginan pagi memecahkan suasana yang sunyi bila kedengran cengkerik menyanyi dan menari bersama pasangan yang dicintainya.

Dikala itu, satu persatu sida, pegawai istana, dayang-dayang dan kerabat diraja mula layu dan rebah menyembah bumi bila ketulan-ketulan asap memasuki perkarangan istana itu. Maharaja dan Maharani mula memejamkan mata layu diulik mimpi yang tidak seberapa indah. Tiba-tiba suasana menjadi sepi tanpa sebarang alunan suara kedengaran....................tangisan mulai kedengaran;

Segalanya berubah, walaupun sepurnama sudah berlalu namun, tangisan masih kedengaran, suasana genting ibarat perang melanda. Maharaja mula murka mencari siapa punya angkara namun hampa. Maharani menangisi tanpa henti berhari-hari berganti bulan dan bertahun lamanya..............

****************

Li Qi memerhati dari jauh sekumpulan kanak-kanak berkejaran berteriakkan malah terpekik telolong bila dikejar oleh si penjual pau. Kanak-kanak tu mencuri kerana kelaparan dan terbiar sebegitu sahaja, suasana yang cukup daif dan kemiskinan. Mereka sudah biasa menjalani kehidupan seperti ini, mereka lali dengan suasana sebegitu........Li Qi hanya mengukir senyuman bila melihat telatah seperti itu berlaku di depan bebola matanya, Li Qi tersenyum lagi............bebola matanya mundar mandir diluar memerhati sebuah kereta kuda bersama sekumpulan bala tentera menuju ke ibu kota. Li Qi menghembus nafasnya sambil mengeluh kecil.

Dia sendiri tidak mengerti apa yang terjadi kepada dirinya, yang pasti dia hanya menurut sahaja perintah ayahdanya sahaja. Dicubanya untuk memaniskan wajahnya dengan satu senyuman yang dipaksa dan terpaksa.
“ Abang boleh lukiskan satu lukisan untuk saya?....ditanya seorang gadis manis dihadapannya......
“Boleh’ jawab Li Qi...................setengah jam masa telah berlalu maka siaplah satu lukisan seperti yang diingini oleh si gadis manis itu. “berapa? tanya si gadis itu. Satu wang perak sahaja balas Li Qi.
Li Qi meneruskan saki baki kerjanya yang tergendala sebentar tadi, Li Qi melukis lagi......

Hari yang mendebarkan, hati Wang ZhiEr berdegup kencang dup dap dup dap.........begitulah sejam yang lalu bila mana ZhiEr terpandang seorang jejaka yang hensem itu sedang leka dengan kerjanya di bawah sana. Dia tidak berkelip sedetik pun sambil tangannya mendongkak dagunya.............di sebuah kedai bertingkat, ZhiEr memandang Li Qi dari tingkat dua di anjung sebelah kirinya di temani sahabatnya Shi Ruo Han.

“ZhiEr !!, sudah lah tu........jom balik kita ada banyak misi yang belum di selesaikan lagi......” cetus Ruo Han.

“Apa ?!! ishhhh.....nak senang tak boleh!.....tugas tu nanti-nantilah marah ZhiER tanda tidak puashati kepada Ruo Han’.

Begitulah sikap ZhiER terhadap Ruo Han. ZhiEr mempunyai wajah yang cantik, tapi sayang sikapnya yang bengis dan tegas malah seorang gadis yang pandai bermain senjata. ZhiEr adalah anak murid kesayangan Xiong Ba. ZhiEr dan Ruo Han adalah adik beradik seguru. Kekadang ZhiEr seorang gadis yang amat menakutkan ketika menjalankan misinya dan tugasnya yang diarahkan oleh sifunya Xiong Ba. Bunuh membunuh adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ZhiEr bersama Ruo Han.

********************

Berlari bagaikan anak kecil sambil mengejar si rama-rama yang cantik ditemani oleh kuntuman bunga-bunga yang cantik mekar di pagi yang indah itu. Membelai rambutnya yang panjang mengurai melepasi bahunya. Sepasang baju berwarna biru di gaya olehnya dan dihiasai sekuntum bunga pic dikepala, wajahnya memang mempesonakan dan mempunyai perwatakan yang lembut. Dirinya seperti sekuntum bunga ros bila dipandang memang cantik tapi bila di pegang pasti akan tercucuk durinya. Lei Jian Ping nakal orangnya sering kali mengusik neneknya, baginya nenek adalah satu-satu permata hatinya dikala kesunyian dan kegembiraannya.

Berbaring manja memandang langit yang kebiruan, terlelap seketika.......................

Kedengaran sayup- sayup suara nenek memanggil namanya Jiannn PinnnGggg, JiannNnn PinNNggggggggg....................Jiannnnn Pppin......terhenti di situ bila Jian Ping terpacak di depan mata neneknya.

“ Nek ni.....di cubit hidung neneknya.....Jian nak rehat jap tak boleh..........”

“ Rehat ?? habis tu, semua kerja yang nenek bagi sudah selesai ke? Ataupun nenek terpaksa lakukannya!!! Marah neneknya.....”

Jian Ping hanya menggeleng kepala.....

“ Cepat habiskan kerja...!!! selagi belum selesaikan kerja, jangan nak curi makan?!!!!!! Pesan neneknya lagi..............

“ hurmmm kena angkut air lagi......hari2 angkut air” bisik hati Jiang Ping.
Hari ni je dah 15 tong air kena isi.......huhhhh......begitulah rutin harian Jian Ping selagi belum masuk waktu tidur. Sebelah malamnya Jian Ping akan berlatih Kung Fu dan Bermain pedang dengan neneknya di belakang bukit berdekatan dengan rumahnya.

Jian Ping setangkas kilat menghayunkan pedangnya, bukan sebarang pedang tapi pedang dari sebatang anak buluh yang di beri nama pedang buluh naga.
“ Jiang Ping......” panggil nenek Moo Kei. Sambil menyeluk poketnya, di gengam erat-erat didalam gengaman tangannya.

“ Ya nek....” sambil menuju ke arah neneknya.

Di hulurnya sesuatu yang berharga kepada Jian Ping

“ Jaga ia seperti menjaga nyawa mu sendiri Jian Ping ” pesan nenek Moo Kei lagi.

“ Nek apa ni ? kenapa bagi Jian Ping ? kenapa dengan nenek?”

“ Ni kunci tiga bintang, kalau jatuh ditangan orang yang salah maka buruk padahnya, Jian Ping haruslah menjaganya sebaik mungkin ya? ”

“Kunci tiga bintang ?” Jian Ping tidak mengerti.

Nenek Moo Kei mula bercerita mengenai rahsia kunci tiga bintang itu. Jian Ping mendengar dengar teliti. Jian Ping mula mengerti.

“ Ingat Jian Ping kunci tiga bintang ada 3 kesemuanya, carilah ia” pesan nenek Moo Kei lagi.

“ Jian Ping janji nek, Jian akan cari kesemuanya, Jian takkan hampakan nenek”

“ baguslah jika begitu.............”

“ Tapi nek......kenapa nenek cerita semua ni kepada Jian? Kenapa nek?”

Nenek Moo Kei hanya diam membisu sahaja.
“ Janji ya?”

“ok janji”

*********************

“Nekkkkkkkkkkk.............Jian Ping terus memeluk neneknya.
“ Tidakkkkk, Nenekkk, tidakkkk”
“Bangun nek, bangun’

“Jjjian Pingggg” terketar-ketar suara nenek Moo Kei.

“Nek kenapa ni nek? Siapa yang lakukan nek”

Urat saraf Jian ping terasa lemah bila melihat darah nenek mengalir didalam pelukkannya. Muka Jian Ping pucat lesi, manik-manik putih mula kelihatan jatuh berderai.

“ Tidakkkkkk” “Tidakkkkkkkkkkk”
“Nek Bangun nek, Bangun Nek....”

Dengupan jantung nenek masih berdegup.

“Nek........”

“ Maafkan nenek Jian Ping, maafkan nenek”
“Nekk....”

“Nenek terpaksa tinggalkan Jian Ping sendirian”

“ Tak nekk...nenek tidak boleh tinggalkan Jian Ping seorang diri, tak boleh”
“Nekkkkkkk”
“Jian Ping tidak benarkan nenek tinggalkan Jian Ping sendirian. Jian Ping tak boleh hidup tanpa nenek, tak boleh, tak boleh.....................”

“Xiong Ba”

“Nenekkkkkkkkk”

********************

“ Berhenti !!!” jerit Jiang Ping

Suasana bising tidak menarik perhatian Jian Ping, renungan yang tajam dilontarkan kepada tiga orang pembuat kacau yang telah mengotorkan bajunya. Dengan kuat semangatnya, ditarik nafas dalam-dalam dihembus keluar semula....Jian Ping naik geram, dia cuba untuk mengawal amarahnya agar tidak terkeluar pancaran api dari mulutnya, seperti seekor naga yang mengamuk........
“ Ehh.......ke sini !!!” sambil menunding jari kearah samseng itu.........

Dicapainya anak batu lalu di baling kepada tiga orang samseng jalanan la konon, dumpp terkena salah seorang samseng itu, mereka mula bertindak menyerang Jian Ping, mereka mula berkelahi, bertumbuk dan mereka akhirnya lari bagaikan anak kecil. Jian Ping puas.

“Heh !!!

Li Qi mengejar gadis itu, ditariknya tangan Jian Ping. “bayar?” tengok apa yang awak dah lakukan! Habis rosak gerai saya, siapa mahu bayar......? dah dua purnama aku berniaga kat sini tak pernah pun sesiapa rosakkan gerai aku, tapi hari ni, beraninya kau yer...?!! Bla...bla.....bla....

“R r r....aku pun mangsa jugak, tak boleh salahkan aku je, kau pun salah, siapa suruh kau berniaga kat sini...? tengok!!! habis kotor baju aku tersimbah warna tu..............ditunjuknya bekas warna milik Li Qi itu............kita sama-sama mangsa lah.....

Li Qi tidak berpuas hati.....Li Qi hanya merenung tajam. Jian Ping menelan air liur. Habislah, dia dah naik marah.

Li Qi mengeluh kecil lalu memejamkan mata. Penat. Peristiwa bertemu gadis tadi dilemparkan jauh-jauh disudut hatinya. Dia perlu lupakan semuanya, dia perlu bangkit meneruskan agendanya.

*************** to be continue........>>>