Monday, December 28, 2009

rutinku.....


BUNYI radio yang berkumandang membuat aku leka seketika.Aku memang suka duduk di tepi tingkap ini andai tiada apa yang hendak kulakukan. PC di meja ini telah banyak berjasa denganku kerana di sinilah segala rintihan dan kegembiraan kulepaskan.
Minggu ini aku akan mula ke LUMUT untuk melepaskan rinduku kepada teman2 disana. Itu yang dikatakan rezeki. Teringatkan jelita membuatkan aku tersenyum sendiri terkenang peristiwa yang melucukan hatiku.

Siapakah di hatiku tadi? Romantik sungguh! Adakah suami aku pun begitu nanti?
*******... satu nama yang sering sahaja menghiasi bibirku. Tetapi itu dulu, sebelum lelaki itu menghilangkan diri tanpa khabar berita. Aku sendiri tidak tahu apa kesilapanku sehingga aku ditinggalkan sendirian. Hanya jelita sahaja yang mengerti dan sering meniupkan semangat agar aku tidak terus rebah.

HARI ini adalah hari ke42 hari aku bekerja di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Syarikat gergasi yang mempunyai tiga belas aras ruang pejabat. Aku ditempatkan di aras satu manakala aras dua belas adalah Unit Pentadbiran Am dan aras tiga belas hanya untuk pengarah syarikat dan pegawai-pegawainya. Majoriti pekerja di sini adalah Melayu. Hanya segelintir sahajayang bukan kaum bumiputera. Di Unit aku terdapat empat orang pekerja, dua lelaki dan dua perempuan.
Rasa segan apabila aku yang tidak biasa bekerja tiba2 terpaksa berbuat begitu. Aku berjanji untuk bekerja dengan bersungguh2 demi masa depanku cewahhh....

Tersentak aku apabila kak zie tiba-tiba sahaja bersuara. Sedang aku syok menaip dan jauh aku mengelamun mengenangkan hal sebulan yang lepas.

Aku tahu kak zie hairan dengan cara aku bekerja kerana aku lebih suka diam dan mengadap PC jer, kekadang tu bz duk jawb panggilan malah sambil2 tu chat dengan jelita dan bukak fb.

Setelah kak zie berlalu, aku segera menyambung kembali tugasanku iaitu buka surat, cop,rekod dan len2 lg. Bila petang menjelang, aku memang xde kerja yang nak di buat lagi coz semuanya sudahku settlekan pagi tadi.

Kulihat jam terpaku di dinding sudah menunjukkan pukul lima petang. Tidak sedar masa berlalu. Aku mencapai beg di dalam laci disisi lantas bergerak ke lif. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kelihatan seorang lelaki di dalamnya. Tersenyum lelaki itu menyambut pandanganku dan sebagai membalasnya, bibirku merekah dengan spontan. Sedekah sahaja, apa salahnya. Boleh tahan juga orangnya. Tinggi lampai, segak dengan kemeja biru dan bertali leher biru gelap. Kot terselit di celah lengannya menjadikan dia seperti orang korporat lagaknya. "Tingkat berapalah agaknya dia ni bekerja?" tanyaku sendiri di dalam hati sambil mataku mengerling sekilas memandangnya. Memang aku jarang naik ke tingkat yang melebihi bahagian Unit Pentadbiran Am.


Aku mendapatkan bas kesayanganku yang sudah tersedia megah di bahagian tempat letak bas yang memang telah disediakan untukku. Memang remeh dan leceh tetapi itu adalah langkah keselamatan untukku melangkah masuk keperut bas kesayanganku. Biarlah ambil masa tetapi keselamatan dan barang berharga mesti sentiasaku jaga. Aku mengambil tempat paling selesa untuk diriku melepaskan penat lelahku. Aku cuba menutup keresahan di hati.

No comments: