Tuesday, April 19, 2011

princess

Malam yang kedinginan kedengaran suara riuh rendah dan kelihatan beberapa topeng riak wajah yang sangat cemas dan kerisauan. 10 minit mula berlalu, kedengaran sayup-sayup tangisan bayi yang baru dilahirkan.......suasana yang cemas mula bertukar riang dan juga diselitkan dengan hilaian tawa yang gemersik sekali.

Kehadiran seorang Puteri membawa sejuta erti kepada pasangan diraja ini, keceriaan mula terpamer pada wajah maharaja dan juga maharani didalam istana yang gah itu. Mereka lupa segala-galanya. Kehadiran puteri itu, memberi kesejahteraan kepada rakyat jelatanya, mereka sungguh bertuah mempunyai raja yang begitu bermurah hati sekali.

Puteri Yunes zha ditatang ibarat minyak yang penuh, tidak setitik pun tumpah menyentuh bumi. Dipeluk dicium berkali-kali tanpa rasa jemu dan puas. Puteri Yunes zha mempunyai seraut wajah yang yang comel dan mempunyai tanda lahir berbentuk bunga plum berwarna merah didada kirinya. Mempunyai senyuman yang nakal ala-ala menggoda dan memikat sesiapa sahaja yang menatap wajahnya. Mereka mula berbisik sesama sendiri bila melihat Puteri Yunes zha. Maharani Ni Qui dan Maharaja Meng jiang merasa puas.

Kedinginan pagi memecahkan suasana yang sunyi bila kedengran cengkerik menyanyi dan menari bersama pasangan yang dicintainya.

Dikala itu, satu persatu sida, pegawai istana, dayang-dayang dan kerabat diraja mula layu dan rebah menyembah bumi bila ketulan-ketulan asap memasuki perkarangan istana itu. Maharaja dan Maharani mula memejamkan mata layu diulik mimpi yang tidak seberapa indah. Tiba-tiba suasana menjadi sepi tanpa sebarang alunan suara kedengaran....................tangisan mulai kedengaran;

Segalanya berubah, walaupun sepurnama sudah berlalu namun, tangisan masih kedengaran, suasana genting ibarat perang melanda. Maharaja mula murka mencari siapa punya angkara namun hampa. Maharani menangisi tanpa henti berhari-hari berganti bulan dan bertahun lamanya..............

****************

Li Qi memerhati dari jauh sekumpulan kanak-kanak berkejaran berteriakkan malah terpekik telolong bila dikejar oleh si penjual pau. Kanak-kanak tu mencuri kerana kelaparan dan terbiar sebegitu sahaja, suasana yang cukup daif dan kemiskinan. Mereka sudah biasa menjalani kehidupan seperti ini, mereka lali dengan suasana sebegitu........Li Qi hanya mengukir senyuman bila melihat telatah seperti itu berlaku di depan bebola matanya, Li Qi tersenyum lagi............bebola matanya mundar mandir diluar memerhati sebuah kereta kuda bersama sekumpulan bala tentera menuju ke ibu kota. Li Qi menghembus nafasnya sambil mengeluh kecil.

Dia sendiri tidak mengerti apa yang terjadi kepada dirinya, yang pasti dia hanya menurut sahaja perintah ayahdanya sahaja. Dicubanya untuk memaniskan wajahnya dengan satu senyuman yang dipaksa dan terpaksa.
“ Abang boleh lukiskan satu lukisan untuk saya?....ditanya seorang gadis manis dihadapannya......
“Boleh’ jawab Li Qi...................setengah jam masa telah berlalu maka siaplah satu lukisan seperti yang diingini oleh si gadis manis itu. “berapa? tanya si gadis itu. Satu wang perak sahaja balas Li Qi.
Li Qi meneruskan saki baki kerjanya yang tergendala sebentar tadi, Li Qi melukis lagi......

Hari yang mendebarkan, hati Wang ZhiEr berdegup kencang dup dap dup dap.........begitulah sejam yang lalu bila mana ZhiEr terpandang seorang jejaka yang hensem itu sedang leka dengan kerjanya di bawah sana. Dia tidak berkelip sedetik pun sambil tangannya mendongkak dagunya.............di sebuah kedai bertingkat, ZhiEr memandang Li Qi dari tingkat dua di anjung sebelah kirinya di temani sahabatnya Shi Ruo Han.

“ZhiEr !!, sudah lah tu........jom balik kita ada banyak misi yang belum di selesaikan lagi......” cetus Ruo Han.

“Apa ?!! ishhhh.....nak senang tak boleh!.....tugas tu nanti-nantilah marah ZhiER tanda tidak puashati kepada Ruo Han’.

Begitulah sikap ZhiER terhadap Ruo Han. ZhiEr mempunyai wajah yang cantik, tapi sayang sikapnya yang bengis dan tegas malah seorang gadis yang pandai bermain senjata. ZhiEr adalah anak murid kesayangan Xiong Ba. ZhiEr dan Ruo Han adalah adik beradik seguru. Kekadang ZhiEr seorang gadis yang amat menakutkan ketika menjalankan misinya dan tugasnya yang diarahkan oleh sifunya Xiong Ba. Bunuh membunuh adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ZhiEr bersama Ruo Han.

********************

Berlari bagaikan anak kecil sambil mengejar si rama-rama yang cantik ditemani oleh kuntuman bunga-bunga yang cantik mekar di pagi yang indah itu. Membelai rambutnya yang panjang mengurai melepasi bahunya. Sepasang baju berwarna biru di gaya olehnya dan dihiasai sekuntum bunga pic dikepala, wajahnya memang mempesonakan dan mempunyai perwatakan yang lembut. Dirinya seperti sekuntum bunga ros bila dipandang memang cantik tapi bila di pegang pasti akan tercucuk durinya. Lei Jian Ping nakal orangnya sering kali mengusik neneknya, baginya nenek adalah satu-satu permata hatinya dikala kesunyian dan kegembiraannya.

Berbaring manja memandang langit yang kebiruan, terlelap seketika.......................

Kedengaran sayup- sayup suara nenek memanggil namanya Jiannn PinnnGggg, JiannNnn PinNNggggggggg....................Jiannnnn Pppin......terhenti di situ bila Jian Ping terpacak di depan mata neneknya.

“ Nek ni.....di cubit hidung neneknya.....Jian nak rehat jap tak boleh..........”

“ Rehat ?? habis tu, semua kerja yang nenek bagi sudah selesai ke? Ataupun nenek terpaksa lakukannya!!! Marah neneknya.....”

Jian Ping hanya menggeleng kepala.....

“ Cepat habiskan kerja...!!! selagi belum selesaikan kerja, jangan nak curi makan?!!!!!! Pesan neneknya lagi..............

“ hurmmm kena angkut air lagi......hari2 angkut air” bisik hati Jiang Ping.
Hari ni je dah 15 tong air kena isi.......huhhhh......begitulah rutin harian Jian Ping selagi belum masuk waktu tidur. Sebelah malamnya Jian Ping akan berlatih Kung Fu dan Bermain pedang dengan neneknya di belakang bukit berdekatan dengan rumahnya.

Jian Ping setangkas kilat menghayunkan pedangnya, bukan sebarang pedang tapi pedang dari sebatang anak buluh yang di beri nama pedang buluh naga.
“ Jiang Ping......” panggil nenek Moo Kei. Sambil menyeluk poketnya, di gengam erat-erat didalam gengaman tangannya.

“ Ya nek....” sambil menuju ke arah neneknya.

Di hulurnya sesuatu yang berharga kepada Jian Ping

“ Jaga ia seperti menjaga nyawa mu sendiri Jian Ping ” pesan nenek Moo Kei lagi.

“ Nek apa ni ? kenapa bagi Jian Ping ? kenapa dengan nenek?”

“ Ni kunci tiga bintang, kalau jatuh ditangan orang yang salah maka buruk padahnya, Jian Ping haruslah menjaganya sebaik mungkin ya? ”

“Kunci tiga bintang ?” Jian Ping tidak mengerti.

Nenek Moo Kei mula bercerita mengenai rahsia kunci tiga bintang itu. Jian Ping mendengar dengar teliti. Jian Ping mula mengerti.

“ Ingat Jian Ping kunci tiga bintang ada 3 kesemuanya, carilah ia” pesan nenek Moo Kei lagi.

“ Jian Ping janji nek, Jian akan cari kesemuanya, Jian takkan hampakan nenek”

“ baguslah jika begitu.............”

“ Tapi nek......kenapa nenek cerita semua ni kepada Jian? Kenapa nek?”

Nenek Moo Kei hanya diam membisu sahaja.
“ Janji ya?”

“ok janji”

*********************

“Nekkkkkkkkkkk.............Jian Ping terus memeluk neneknya.
“ Tidakkkkk, Nenekkk, tidakkkk”
“Bangun nek, bangun’

“Jjjian Pingggg” terketar-ketar suara nenek Moo Kei.

“Nek kenapa ni nek? Siapa yang lakukan nek”

Urat saraf Jian ping terasa lemah bila melihat darah nenek mengalir didalam pelukkannya. Muka Jian Ping pucat lesi, manik-manik putih mula kelihatan jatuh berderai.

“ Tidakkkkkk” “Tidakkkkkkkkkkk”
“Nek Bangun nek, Bangun Nek....”

Dengupan jantung nenek masih berdegup.

“Nek........”

“ Maafkan nenek Jian Ping, maafkan nenek”
“Nekk....”

“Nenek terpaksa tinggalkan Jian Ping sendirian”

“ Tak nekk...nenek tidak boleh tinggalkan Jian Ping seorang diri, tak boleh”
“Nekkkkkkk”
“Jian Ping tidak benarkan nenek tinggalkan Jian Ping sendirian. Jian Ping tak boleh hidup tanpa nenek, tak boleh, tak boleh.....................”

“Xiong Ba”

“Nenekkkkkkkkk”

********************

“ Berhenti !!!” jerit Jiang Ping

Suasana bising tidak menarik perhatian Jian Ping, renungan yang tajam dilontarkan kepada tiga orang pembuat kacau yang telah mengotorkan bajunya. Dengan kuat semangatnya, ditarik nafas dalam-dalam dihembus keluar semula....Jian Ping naik geram, dia cuba untuk mengawal amarahnya agar tidak terkeluar pancaran api dari mulutnya, seperti seekor naga yang mengamuk........
“ Ehh.......ke sini !!!” sambil menunding jari kearah samseng itu.........

Dicapainya anak batu lalu di baling kepada tiga orang samseng jalanan la konon, dumpp terkena salah seorang samseng itu, mereka mula bertindak menyerang Jian Ping, mereka mula berkelahi, bertumbuk dan mereka akhirnya lari bagaikan anak kecil. Jian Ping puas.

“Heh !!!

Li Qi mengejar gadis itu, ditariknya tangan Jian Ping. “bayar?” tengok apa yang awak dah lakukan! Habis rosak gerai saya, siapa mahu bayar......? dah dua purnama aku berniaga kat sini tak pernah pun sesiapa rosakkan gerai aku, tapi hari ni, beraninya kau yer...?!! Bla...bla.....bla....

“R r r....aku pun mangsa jugak, tak boleh salahkan aku je, kau pun salah, siapa suruh kau berniaga kat sini...? tengok!!! habis kotor baju aku tersimbah warna tu..............ditunjuknya bekas warna milik Li Qi itu............kita sama-sama mangsa lah.....

Li Qi tidak berpuas hati.....Li Qi hanya merenung tajam. Jian Ping menelan air liur. Habislah, dia dah naik marah.

Li Qi mengeluh kecil lalu memejamkan mata. Penat. Peristiwa bertemu gadis tadi dilemparkan jauh-jauh disudut hatinya. Dia perlu lupakan semuanya, dia perlu bangkit meneruskan agendanya.

*************** to be continue........>>>


Thursday, March 24, 2011

hujung bulan yang memeningkan

nampaknyer ramai yang tersengeh2 di pagi harini, ada juga yang menggaru2 kepala yang dibuat-buat gatal, ada jugak dari semlam duk tepuk2 dahi bagi meleperkan lagi dahi yang dah sedia leper tu, dan ada jugak yang dh tabiat suka hantuk kepala kat dinding dan tak dilupakan juga ada yang termenung sahaja...................masing2 ada sikap tersendiri bila time GAJI................

bila time gaji jugak masing2 sibuk dan buat2 sibuk la....time tu lah dapat aura kerja dengan baik dan rajin, tak dinafikan jugak ada yang dah pening nak buat kerja.  banyak benda nak settle bila dah tiba hari yang dibayar upahnya...

dikira2 upahnya habis cam tu sahaja, bila dihitung2 dan dikira2 habis cam tu jer.....

Tuesday, March 1, 2011

@kU r1NDu @k@n $u@r@ & Gel@k T@w@..........................

bermulanya buln mac 2011, br hrni aku berpeluang menconteng apa yang perlu diconteng di blog yang xseberapa indah ni, sejak menjak dua, tiga menjak ni, aku mmg malas sesangt.....brulh hrni berpeluang so hargai lh peluang ni disaat aku kerajinan memuntahkan segala isi cerita yang ingin aku contengkan disini....nama blog aku pun conteng conteng, so xsalah jika aku teringin menconteng dlm keadaan aura rajin+malas aku ni....

@#%&89@#$ lama jugak lah aku xmendengar khabar kawan2 aku ni, kemana menghilang semuanya....adakah mereka sudah berkahwin, bertunang, beranak pinak, bertukar tempat keje, tukar no HP, dan berpindah randah balik kg? entah........

@@##$%&^*
aku teringin kembali ke zaman kanak2, gembira selalu, main mask2....klu nakal mak ayah marah2, aku nangis2, merengek2......tp aku sukaaaa......time aku kanak2 dulu aku comel hehe......

tp sekrg klu nk main mask2 sush dan perlukan kos yang tinggi wooo adei..........skg mak ayah xde masa nk marah2 kan aku lagi, ada saat aku gembira dan ada sangat aku sedih...........bila dh besar semuanya kena pikir sendiri....klu dulu semua mengenai aku mak ayah yang tolong pikirkan untuk aku............

^@@$%^(*@$#^%^& ....kicau burung pun xsemerdu dulu lagi.....hidup aku yang sebegini keadaan waktu yang mengaturkan semuanya........tidak ku minta semua ini terjadi, bukan ku minta kasih dan manja namun hanya restuMU akan mengiringi perjalanan kehidupanku...........


@kU r1NDu @k@n $u@r@ & Gel@k T@w@..........................




permainan sendiri

kebiasannya apa y kita inginkan akan tercapai dgn usha yang dilakukan......tp bila dh dpt kita patut bersyukur diatas kurniaanNYA kepada kita, xperlu merungut diatas apa yang kita dapat. tapi manusia tak akan lari daripada sikap yang sentiasa merungut, mengeluh....especially aku...........

apa yang berlaku sebenarnya adalah permainan yang dicipta oleh kita sendiri...................dari mula sebuah cerita bermula sampai lah penghujung cerita......kita adalah pengarah, penulis skrip dan semuanya....malah kita juga pelakonnyer.

apa yang perlu adalah kita harus mengakhiri sesebuah drama dengan sejayanya tanpa tercalit sedikit pun kekotorannya......

Thursday, December 9, 2010

rehat jap...

Wednesday, November 3, 2010

ePENYATA GAJI

WAAA....dh semakin canggih r goment sekarang.......dulu2 cukup bulan je dapat penyata gaji, sekarang??? dh xde penyata gaji.....segala2nya dihujung jari anda.....klik je www.anm.gov.my download sendiri penyata gaji....

bagi yang xde kemudahan untuk access internet mungkin menyukarkan untuk perkhidmatan ni...adakah ia betul2 bagus dan baik kepada semua kakitangan goment? klu nak buat pinjaman nk ke penyata gaji yang printout?

apa2pun ini adalah satu perubahan yang dilakukan oleh goment untuk kemudahan semuaaaaa.....
  • jimat kertas
  • jimat kos
  • jimat tenaga

tamat sudah penantianku

hari ini hari rabu bertarikh 3hb november tahun 2010 bersamaan dengan 26 zulkaedah 1431 masihi. penantianku kini akhirnya tercapai setelah sekian lama menunggu jawapan yang pasti. bulan ni juga aku ditawarkan untuk menjalani kursus bagi melengkapkan permohonan status pekerja tetap.

permohonan aku untuk bertukar perkhidmatan jalur lebar seperti yang diwar2 kan kat TB juga mendapat sambutan yang baik dari pihak terlibat.

walaupun pernantian yang ditunggu2 oleh aku dengan rasminya kepunyaan aku, sebenarnya aku takut sgt.......dup dap dup dap jntung aku.....hehehe

dengan ini, insyaALLAH makin cepatlah aku akan bertukar angin baru dengan semangat yang baru,kerja yang baru,bos yang baru sume dikatakan baru.............baru xsemestinya best.......